Penganjuran Program 'Treasure Hunt' - Pelancongan Cabaran
Minda 2014 disasarkan ke arah penerapan kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang
memerlukan peserta mengaplikasikan kemahiran mentafsir, menganalisis serta
memanipulasi maklumat untuk menjawab persoalan dan menyelesaikan permasalahan
yang dihadapi.
Pada kebiasaannya, program pencarian maklumat seumpama
ini kerap dianjurkan menerusi penglibatan orang dewasa secara berpasangan atau
kumpulan kecil dengan menggunakan kenderaan peribadi seperti kereta atau
motosikal. Namun, keunikan pada program ini adalah menerusi penyertaan secara
berpasukan dengan bilangan ahli yang ramai (40 ahli bagi setiap pasukan), serta
cabaran berbeza dengan penggunaan khidmat bas untuk menguruskan pergerakan
pasukan dari destinasi ke destinasi yang lain.
Program ini juga menjanjikan cabaran yang menyeronokkan,
menyentuh emosi, di samping menerapkan eleman-eleman permuafakatan, kerjasama
serta hubungan mesra sesama peserta. Pengalaman yang diperolehi pula boleh
melatih mereka tentang cara menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi,
meneroka, mengambil risiko, mencipta, membuat penilaian dan bijak membuat
pilihan.
No comments:
Post a Comment