1.0 NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan 'Treasure Hunt' Dengan Khidmat Bas
- Pelancongan Cabaran Minda 2014.
2. 0 PENGANJURAN
Pertandingan ini dianjur dan dikelolakan oleh AGENDA Management (syarikat pengurusan acara) dengan
kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.
3.0 KATEGORI PERTANDINGAN
3.1 Kategori Sekolah
Bawah 12 Tahun (Sekolah Rendah)
3.2 Kategori Sekolah
Bawah 15 Tahun (Sekolah Menengah)
3.3 Kategori Sekolah
Bawah 18 Tahun (Sekolah Menengah)
4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1 Setiap pasukan
perlu mendaftarkan minimum 40 orang ahli bagi menyertai pertandingan ini.
4.2 Keahlian bagi
setiap pasukan sekolah adalah merangkumi kesemua ahli yang berada di dalam bas
merangkumi murid-murid, guru penasihat serta pemandu bas berkenaan.
4.3 Setiap pasukan
boleh mendaftarkan :
4.3.1 32
hingga 40 orang murid
4.3.2 Maksimum
04 orang guru
4.3.3 Maksimum
02 orang pemandu.
4.4 Setiap pasukan
perlu menjelajah ke enam lokasi (check point) yang ditetapkan pihak penganjur.
4.5 Di setiap
lokasi (check point), setiap pasukan akan diberikan 8 soalan bersama pembayang yang
memerlukan peserta mentafsir, menganalisis serta memanipulasi maklumat untuk menjawab serta
menyelesaikan persoalan tersebut.
4.6 Setiap pasukan perlu
membahagikan ahli-ahli kepada lapan kumpulan kecil bagi memudahkan misi
menyelesaikan dan menjawab 8 soalan yang diberikan di setiap lokasi (check
point).
4.7 Lokasi (check
point) yang dipilih untuk dikunjungi setiap pasukan merupakan
destinasi-destinasi pelancongan popular seperti Taman Rama-Rama, Taman Mini
Malaysia, Zoo Melaka, Taman Buaya Melaka, Taman Seribu Bunga, Taman Botanikal,
A'Famosa, Bukit St. Paul, Bangunan Stadthuys dan lain-lain.
4.8 Setiap
pasukan/peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalan
raya disepanjang berlangsungnya acara. Pihak penganjur berhak membatalkan
penyertaan mana-mana pasukan yang melanggar mana-mana peraturan dan
undang-undang jalanraya.
4.9 Pemilihan
lokasi tugasan telah dibuat oleh pihak penganjur berdasarkan kesesuaian serta
mengambil kira aspek keselamatan peserta khususnya dalam kalangan murid-murid
sekolah.
5.0 PENENTUAN PEMENANG
5.1 Kriteria utama
untuk menentukan pemenang pertandingan ini adalah berdasarkan ketepatan jawapan
oleh pasukan terhadap kesemua soalan yang dikemukakan.
5.2 Penilaian juga
dibuat berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan misi di setiap lokasi
(check point).
5.3 Perlu diingat
bahawa tempoh masa semasa perjalanan di dalam bas, dari satu lokasi ke lokasi
yang lain, tidak akan diambil kira
untuk menentukan pemenang pertandingan. Masa hanya dikira semasa pasukan mula
melangkah masuk ke setiap lokasi (check point) hinggalah selesai misi di lokasi
(check point) berkenaan.
6.0 HADIAH KEMENANGAN
6.1 Johan - RM 3000.00
6.2 Naib Johan - RM 2000.00
6.3 Tempat Ke-3 - RM 1000.00
6.4 Hadiah Saguhati -
RM 200.00 x 5 pemenang
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Yuran sebanyak RM 65.00 akan dikenakan kepada setiap
ahli yang menyertai program.
7.2 Bayaran yuran adalah
termasuk penyediaan T-Shirt pertandingan, goody
bag, insuran peserta, tiket masuk ke setiap lokasi (check point), sarapan
pagi, makan tengahari, minum petang dan kos penyediaan hadiah kemenangan.
7.3 Sebarang
pertanyaan atau untuk pengesahan penertaan sila hubungi melalui :
7.3.1 Telefon : 017-6406104 (Mohd Syazwan Nazmi @ Wan)
7.3.2 Email :
agendaminda@gmail.com
7.3.3 Faks : 06-2636588
7.3.4 Blog : http://agendaminda.blogspot.com/
7.4 Pihak penganjur
berhak menolak penyertaan yang dihantar lewat.
7.5 Pihak penganjur
juga berhak untuk meminda tarikh atau membatalkan penganjuran acara di atas
sebab-sebab yang dirasakan perlu. Dalam situasi tersebut, semua yuran
penyertaan akan dikembalikan secara penuh.
No comments:
Post a Comment